Monday, April 29, 2013

CHORAL SPEAKING DAERAH HT : SKSB JOHAN


SK SERI BERANG (29 APRIL 2013) : Pasukan Choral Speaking SK Seri Berang berjaya mengalahkan 7 pasukan dari sekolah-sekolah Hulu Terengganu untuk muncul sebagai Johan Pertandingan Choral Speaking Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Hulu Terengganu pagi tadi.
Naib Johan pula disandang oleh Pasukan SK Kuala Berang manakala tempat Ketiga SK Pasir Tinggi. SK Seri Berang selaku tuan rumah telah melaksanakan persiapan sebaik mungkin bagi melancarkan lagi pertandingan ini.
Kaunter Pendaftaran
Hakim-hakim bermesyuarat
Antara Aksi para peserta yang bertanding

Para Hakim yang arif lagi bijaksana

Aksi Pasukan SK Seri Berang

Penyampaian Hadiah oleh Tuan Haji Suhaimi, PPPD Hulu Terengganu
Bergambar kenangan bersama Guru Besar, Pn Hasnah Hasan

Tahniah dan Syabas diucapkan.

Saturday, April 20, 2013

MOTIVASI UPSR 2013 BERJALAN LANCAR

SK SERI BERANG(19 APRIL 2013) : Alhamdulilah, program Motivasi UPSR 2013 yang diadakan di sekitar SK Seri Berang berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang.

Ucapan Guru Besar sebelum bermulanya Program
Seharian bersama penceramah motivasi
Murid tekun mendengar celoteh penceramah
Berehat dulu...
Guru-guru menyiapkan santapan murid-murid
Murid tekun melaksanankan tugas
Guru-guru turut mengikuti sesi motivasi
Motivasi sesi malam
sesi Motivasi bersama Ibubapa

Ibubapa bersama anak-anak
Semoga program Motivasi ini dapat memberi keinsafan kepada murid-murid untuk berusaha lebih gigih.

Thursday, April 18, 2013

BOLA SEPAK : 2 MURID TERPILIH MEWAKILI DAERAH

KUALA BERANG (15 APRIL 2013) : 2 orang murid SK Seri Berang terpilih mewakili Pasukan Bola Sepak B12 Daerah Hulu Terengganu iaitu Haris Mursyidi dan Ahmad Firdaus.

Tahniah dan selamat Berjaya.

Berita Terdahulu:
KUALA BERANG (09 MAC 2013) : Tiga murid SK Seri Berang yang terpilih mewakili Pasukan Zon 2 berjaya membawa Pasukan yang diwakilinya menjadi Johan dalam Kejohanan Bola Sepak B12 Daerah Hulu Terengganu. Kejohanan yang berakhir hari ini telah berlangsung di Padang Bola Sepak SK Tengkawang.
AHMAD FIRDAUS BIN YUSOFF

MUHAMMAD AQIL SYAMIM B ZULKIFLI

HARIS MURSYIDI
Tahniah dan syabas diucapkan, semoga berjaya dan terpilih ke peringkat Negeri.

Tuesday, April 16, 2013

SAHIBBA : NAIB JOHAN DAN KETIGA MILIK SK SERI BERANG


SMK KUALA JENERIS (16 APRIL 2013) : Peserta Sahibba yang mewakili SK Seri Berang berjaya mengharumkan nama SK Seri Berang apabila berjaya mendapat tempat antara yang terbaik di peringkat daerah. Pertandingan Sahibba Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di SMK Kuala Jeneris.
Aksi Syed Shafiy

Wakil SK Seri Berang, Syed Shafiy telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala Fatihah telah berjaya mendapat Naib Johan.
Fatihah akan mewakili Hulu Terengganu ke peringkat Negeri

Tahniah dan syabas diucapkan.

Monday, April 15, 2013

BOLA BALING : KETIGA TERBAIK DAERAH HT


PASUKAN BOLA BALING P12 bergambar kenangan bersama GPK KO
SK TOK RANDOK (15 APRIL 2013) : Pasukan Bola Baling SK Seri Berang yang membawa cabaran Zon KDSR 2, telah berjaya mendapat tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Baling P12 MSSDHT yang berlangsung di SK Tok Randok,Ajil.
Pasukan ini yang menjadi Naib Johan Kumpulan, telah ditewaskan oleh satu lagi Pasukan Zon KDSR 2, SK Tapah (5-2) pada peringkat separuh Akhir.

Tahniah dan Syabas diucapkan

Berita Terdahulu


KUALA BERANG (21 FEB 2013) : Pasukan Bola Baling P12 SK Seri Berang berjaya menjadi Johan Kejohanan Bola Baling Zon KDSR 2 selepas berjaya menumpaskan Pasukan SK Tapah 1-0 , petang tadi.
SYABAS : Antara Ahli Pasukan Bola Baling P12 yang menerima Pingat
Manakala nasib tidak menyebelahi Pasukan Bola Baling L12 apabila tumpas pada peringkat suku akhir. Pasukan Bola Baling P12 SK Seri Berang akan membawa cabaran ZON KDSR 2 pada peringkat Daerah Hulu Terengganu pada pertengahan bulan Mac nanti.

Tahniah dan Syabas diucapkan

KARNIVAL BAHASA INGGERIS DAERAH HT : NAIB JOHAN

Team Action Song Bersama Guru Pengiring
SK TOK RANDOK(15 APRIL 2013) : SK Seri Berang berjaya mendapat Naib Johan dalam semua pertandingan yang diadakan. Bermula dengan Wan Nor Adriana dalam pertandingan 'Story Telling', Allis Farhanah dalam pertandingan 'Public Speaking' dan Pasukan 'Action Song'.
Allis dan Wan Nor Adriana bersama medal yang dimenangi
Bergambar bersama Guru Besar, Pn Hasnah Hasan

Tahniah dan Syabas diucapkan


Berita Terdahulu

SK SERI BERANG(11 APRIL 2013) : SK Seri Berang telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon KDSR 2. Dua acara telah berlangsung iaitu 'Public Speaking' dan 'Story Telling'.
Allis Farhanah menerima medal dan sijil daripada GPK1
           Dalam acara 'Public Speaking', SK Seri Berang telah diwakili oleh Allis Farhanah Syukriah binti Azmi dan telah mendapat Johan manakala Wan Nor Adriana Wan Azelan Shah telah mendapat Naib Johan dalam acara 'Story Telling'.
Peserta-peserta Pertandingan bergambar kenangan selepas Karnival
          Mereka berdua berjaya melayakkan diri ke Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Wan Nor Adriana menerima medal daripada Guru Besar
Tahniah dan Syabas diucapkan.


Thursday, April 11, 2013

MARANG (11 APRIL 2013) :Pasukan Kompang Formasi SK Seri Berang yang mewakili Daerah Hulu Terengganu ke peringkat Negeri telah mendapat tempat Ketiga.
Ahmad Rejab menerima medal daripada Guru Besar
Afiq, selaku Ketua Pasukan menerima medal daripada Guru Besar

Tahniah dan syabas diucapkan.


Berita Terdahulu

Bergambar kenangan bersama Guru Penasihat/ Jurulatih
SK SERI BULUH (03 APRIL 2013) : Pasukan Kompang Formasi berjaya mengekalkan kejuaraan untuk Tahun kedua berturut-turut selepas menjadi Johan Kompang Formasi L12 Peringkat Daerah Hulu Terengganu. Mereka akan mewakili Daerah Hulu Terengganu ke Peringkat Negeri Terengganu nanti.
Antara peserta yang mendapat penghargaan Puan Guru Besar
Tahniah dan syabas diucapkan.
Semoga berjaya diperingkat negeri nanti.

Wednesday, April 10, 2013

KARNIVAL BAHASA INGGERIS ZON 2

SK SERI BERANG(11 APRIL 2013) : SK Seri Berang telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon KDSR 2. Dua acara telah berlangsung iaitu 'Public Speaking' dan 'Story Telling'.
Allis Farhanah menerima medal dan sijil daripada GPK1
           Dalam acara 'Public Speaking', SK Seri Berang telah diwakili oleh Allis Farhanah Syukriah binti Azmi dan telah mendapat Johan manakala Wan Nor Adriana Wan Azelan Shah telah mendapat Naib Johan dalam acara 'Story Telling'.
Peserta-peserta Pertandingan bergambar kenangan selepas Karnival
          Mereka berdua berjaya melayakkan diri ke Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Wan Nor Adriana menerima medal daripada Guru Besar
Tahniah dan Syabas diucapkan.

Saturday, April 6, 2013

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2013

Penyerahan Fail Mentor- mentee sebagai simbolik Program Bermula
SK SERI BERANG (07 APRIL 2013) : Hari ini SK Seri Berang telah mengadakan Pelancaran Program Guru Penyayang bagi tahun 2013.  Program Guru Penyayang merupakan adalah bertujuan agar guru mengamal dan menbudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
Antara murid Prasekolah yang diraikan
         Pelancaran bermula dengan penyerahan Fail Pengurusan Mentor Mentee sebagai simbolik bermulanya Program Mentor Mentee yang merupakan salah satu aktiviti utama dalam fasa pertama pelaksanaan. Seterusnya, Majlis ini juga telah meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga April sebagai tanda penghargaan kepada murid ini.
Ucapan Perasmian Pn.Guru Besar
          Majlis diteruskan dengan Ucapan dan Perasmian oleh Guru Besar, Pn Hasnah binti Hasan dan diakhiri dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Fikri. Semoga Program-program yang telah dirancangkan oleh Jawatankuasa Guru Penyayang melalui Penyelarasnya, Puan Harnani binti Yusoff, Kaunselor Sekolah akan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamatnya.

Thursday, April 4, 2013

KOMPANG FORMASI JOHAN DAERAH

Bergambar kenangan bersama Guru Penasihat/ Jurulatih
SK SERI BULUH (03 APRIL 2013) : Pasukan Kompang Formasi berjaya mengekalkan kejuaraan untuk Tahun kedua berturut-turut selepas menjadi Johan Kompang Formasi L12 Peringkat Daerah Hulu Terengganu. Mereka akan mewakili Daerah Hulu Terengganu ke Peringkat Negeri Terengganu nanti.
Antara peserta yang mendapat penghargaan Puan Guru Besar
Tahniah dan syabas diucapkan.
Semoga berjaya diperingkat negeri nanti.

Wednesday, April 3, 2013

BOLA JARING P12 : NAIB JOHAN MSSDHT


 SK KUALA TELEMONG (03 APRIL 2013) : Pasukan Bola Jaring P12 SK Seri Berang berjaya mendapat Naib Johan Kejohanan Bola Jaring MSSDHT  selepas kalah tipis, 10-9 pada perlawanan Peringkat Akhir. Kejohanan telah diadakan di Padang SK Kuala Telemong.
Antara yang menerima penghargaan daripada Puan Guru Besar


Tahniah dan syabas diucapkan


Berita terdahulu
KUALA BERANG ( 10 MAC 2013) : Pasukan Bola Jaring SK.Seri Berang akhirnya telah berjaya untuk mewakili Zon 2 ke peringkat daerah Hulu Terengganu selepas mendapat Johan diperingkat Zon 2 selepas berjaya menewaskan  pasukan SKTAI dengan jaringan 11 - 9 . Perlawanan ini berakhir pada jam 5.15 petang tadi di SK.Kuala Dura.
Antara peserta yang mendapat sijil daripada Puan Guru Besar
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada pasukan SK.Seri Berang untuk mengondol gelaran juara peringkat Daerah Hulu Terengganu