Sunday, June 30, 2013

Bicara Berirama Naib Johan Negeri Terengganu

BESUT (30 JUN 2013) : Pasukan Bicara Berirama SK Seri Berang yang mewakili Daerah Hulu Terengganu muncul Naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri yang diadakan di Daerah Besut.

Tahniah dan Sayabas diucapkan

Berita Terdahulu

SK KUALA TELEMONG (18 JUN 2013) : SK Seri Berang sekali lagi berjaya melakar kejayaan gemilang apabila layak ke peringkat negeri untuk Pertandingan Bicara Berirama selepas menjadi Johan Peringkat Daerah.


Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga membawa kejayaan yang lebih besar di peringkat negeri nanti.

Thursday, June 27, 2013

1M1S : SKSB MEMUNGUT 2 PERAK

SMK JENAGOR (27 JUN 2013) : Kontijen SK Seri Berang berjaya memungut 2 Perak dan 2 Gangsa dalam acara balapan dan Padang di SMK Jenagor.
Husaini membawa pulang Pingat Perak Acara 100M L11

Aishah membawa pulang Pingat Gangsa untuk acara Lompat Jauh dan 200M P11

Auni membawa pulang Pingat Perak untuk Acara 100M P11
Manakala Aishah Halizan dari Tahun 4 berjaya mendapat Tempat Keempat dalam Acara Merentas Desa Peringkat Daerah.

Tahniah dan Syabas diucapkan

CHORAL SPEAKING KETIGA TERBAIK PERINGKAT NEGERI

KUALA TERENGGANU (27 JUN 2013) : Pasukan Choral Speaking SK Seri Berang yang mewakili Daerah Hulu Terengganu berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Terengganu.

Antara peserta yang menerima Penghargaan Guru Besar

Tahniah dan syabas diucapkan.

Saturday, June 22, 2013

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2013

KUALA TERENGGANU (22 JUN 2013) : SK Seri Berang telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2013 yang melibatkan 70 orang murid Tahun 6. Kem ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hotel Seri Malaysia.





 
Semoga Kem Kecemerlangan akan memberikan motivasi kepada murid-murid UPSR SK Seri Berang untuk menduduki Peperiksaan UPSR yang akan menjelma tidak lama lagi.

Tuesday, June 18, 2013

MERENTAS DESA SK SERI BERANG 2013 BERJALAN LANCAR


SK SERI BERANG (18 JUN 2013) : SK Seri Berang telah mengadakan pertandingan Merentas Desa yang melibatkan murid Tahun 4,5 dan 6. Acara yang julung-julung kali diadakan itu telah mendapat sambutan yang meriah dikalangan murid-murid.

Peserta sedang mendengar Taklimat daripada Pengarah Kejohanan
Pertandingan telah diadakan mengikut kategori Tahun 4(L&P), Tahun 5(L&P) dan Tahun 6(L&P) melibatkan jarak lebih kurang 4 km melalui beberapa Taman Perumahan dihadapan SK Seri Berang.



Afiq Aiman bin Halizan mendapat tempat pertama kategori Tahun 6 dan keseluruhan
Tahniah dan Syabas diucapkan

SK SERI BERANG JOHAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT HULU TERENGGANU

SK KUALA TELEMONG (18 JUN 2013) : SK Seri Berang sekali lagi berjaya melakar kejayaan gemilang apabila layak ke peringkat negeri untuk Pertandingan Bicara Berirama selepas menjadi Johan Peringkat Daerah.


Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga membawa kejayaan yang lebih besar di peringkat negeri nanti.

Saturday, June 15, 2013

SOCCER KIDS BAWAH 13 TAHUN HULU TERENGGANU : SK SERI BERANG NAIB JOHAN

KUALA BERANG (15 JUN 2013) : Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang berjaya mendapat Naib Johan Kejohanan Soccer Kids Daerah Hulu Terengganu .


Tahniah dan syabas diucapkan

Thursday, June 13, 2013

SK SERI BERANG NAIB JOHAN PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU


SK PENARIK (12 JUN 2013) : Pasukan Pantun SK Seri Berang yang mewakili Hulu Terengganu berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Pantun Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu 2013 apabila ditewaskan oleh pasukan dari Daerah Kemaman.




Tahniah dan Syabas diucapkan

Wednesday, June 12, 2013

PROGRAM PETROSAINS BERSAMA SKSB MERIAH

Bergambar kenangan bersama
SK SERI BERANG (13 JUN 2013) : Program Petrosains bersama murid SK Seri Berang berlangsung penuh lancar dan meriah. Program yang berjalan selama 2 jam itu melibatkan murid-murid Tahun 5 dan 6 sangat menarik dengan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang sempat dijalankan ialah membuat baju keselamatan secara berkumpulan menggunakan kreativiti yang tersendiri.
Penerangan oleh Pegawai-pegawai Petrosains


Antara hasil kreativiti murid SK Seri Berang


Tanda penghargaan SK Seri Berang
Terima kasih daun keladi, kalau boleh datanglah lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang petrosains, sila klik
Program Petrosains di sekolah

Tuesday, June 11, 2013

LAWATAN KE KARNIVAL SAINS SMK TAPU

SMK TAPU (11 JUN 2013) : Seramai 8 orang murid SK Seri Berang telah terpilih untuk mengikuti Karnival Sains di SMK Tapu, Kuala Berang. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar-pelajar SMK Tapu tetapi juga kepada sekolah-sekolah di sekitar Kuala Berang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Explorace dan Bengkel Rekacipta. Selain itu, ada juga Pameran dari Pusat Sains Negara Kuala Lumpur, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dari USM.


 Murid-murid SK Seri Berang turut dipilih untuk turut serta dalam  Bengkel Rekacipta dimana mereka semua diberi penerangan tentang Roket dan Jet dari segi sains. Disamping itu, mereka juga dapat mencipta Roket yang mempunyai tujahan yang paling kuat dan membuat jet atau kapal terbang dari kertas dan aluminium.


Semoga murid-murid yang terpilih ini dapat mengambil manfaat daripada aktiviti yang telah dilaksanakan.

Sunday, June 9, 2013

ANTARA 10 TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN

SK SERI BERANG (09 JUN 2013): Adik Batrisya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila mendapat tempat ke 10 daripada 40 peserta yang menyertai Pertandingan Scrabble Peringkat Kebangsaan.


Tahniah dan Syabas diucapkan